MALAYSIA TERKINI – Bulan Jun 2015 (Bahasa Melayu version)

E-buletin bulan Jun

Kepada Penyokong Global Bersih,

Salam Sejahtera, dan selamat datang kepada edisi pertama E-buletin dalam Bahasa Melayu. Kita berharap bahawa kita dapat membawakan berita mengenai pilihan raya dan apa yang berlaku di Malaysia akan disebarkan kepada warganegara Malaysia yang tinggal di luar negara.

Kita sedang dalam tempoh peralihan antara dua gabungan politik, berikutan pilihan raya PAS, yang menyaksikan pemimpin-pemimpin progresif keluar dari kepimpinan pusat, DAP kemudiannya mengumumkan bahawa Pakatan Rakyat sudah tiada, dan PKR juga mengakui begitu dengan berat hati. PAS, setakat ini, masih menegaskan bahawa Pakatan Rakyat masih hidup dan mereka masih bekerjasama dalam pelbagai perkara di Pulau Pinang dan Selangor.

Sementara itu, di Barisan Nasional, konflik di parti polik mengulang juga dengan Datuk Seri G. Palanivel dan Datuk Seri Dr S. Subramaniam mendakwa bahawa mereka adalah presiden parti MIC. Sejak itu, mereka telah bersetuju untuk menganjurkan pemilihan baru bagi menyelesaikan krisis tersebut. Umno juga telah mengumumkan bahawa pemilihan kepimpinan mereka dijadualkan untuk tahun depan akan ditangguhkan, dengan alasan mereka mahu menjadi parti yang lebih kukuh, namun penganalisis berkata keputusan itu boleh membawakan keputusan terbalik bagi parti.

Beberapa berita dan kejadian lain juga diterangkan secara terperinci seperti di bawah:

Dana 1Malaysia Development Berhad digunakan untuk pilihan raya, Wall Street Journal mendedahkan

Portal berita Wall Street Journal telah melaporkan bahawa dana yang digunakan untuk menubuhkan 1Malaysia Development Berhad telah dialihkan untuk membiayai kempen Barisan Nasional dalam pilihan raya umum ke-13. Berikutan itu, Bersih kuat mengkritik Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) kerana gagal membuat persiasatan untuk mengelakkan perkara ini daripada berulang. SPR seterusnya membalas balik kritikan bahawa Bersih 2.0 perlu mengumpulkan bukti dan membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia. 1MDB kemudian berkata mereka tidak bertanggungjawab WSJ semata-matanya mengulangi artikel mereka dengan pendakwaan lama.

 

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengeluarkan buku panduan urusan kajian persempadanan semula

SPR baru-baru ini telah mengeluarkan buku panduan merangka urusan kajian semula persempadaan bahagian-bahagian pilihan raya di laman web rasmi mereka di sini. Aktiviti persempadaan semula yang dijalankan oleh SPR setiap 10 tahun untuk melukis semula bahagian-bahagian pilihan raya mengikut pertumbuhan penduduk, persempadaan semula itu sepatutnya bermula dengan Sarawak kerana pilihan raya negeri itu akan dilangsungkan pada tahun depan. Walau bagaimanapun, berikutan saman yang difailkan oleh See Chee How, Mahkamah Tinggi Kuching mengarahkan SPR untuk menjalankan latihan semula dan mematuhi prosedur. SPR telah merancang untuk merayu keputusan itu, dan kes itu akan didengar pada 9 Julai. NGO Sarawak ROSE (Rise of Sarawak Efforts) berkempen bagi pihak penduduk Sarawak membantah persempadan semula – sebanyak 11 kerusi akan ditambah daripada 71 sekarang kepada 82 keseluruhan.

 

Akta Rahsia Rasmi tidak lagi dialu-alukan, tetapi pelaksanaan Akta Kebebasan Maklumat tidak lengkap

Dalam satu forum baru-baru ini yang dianjurkan oleh C4 (Pusat untuk Memerangi Rasuah dan Kronisme), Akta Rahsia Rasmi dikritik sebagai undang-undang yang bermasalah yang menghalang akses kepada dokumen-dokumen yang selepas tempoh masa yang tertentu perlu didedahkan kepada umum. Walau bagaimanapun, pelaksanaan Akta Kebebasan Maklumat telah mengalami berbanyak masalah pelaksanaan diluluskan di Dewan Undangan Negeri Selangor dan Pulau Pinang pada 2011 dan 2012. Dalam forum itu, Speaker Selangor Hannah Yeoh berkata amalan FOI semasa dalam amalan FOI dalam pelbagai agensi kerajaan negeri telah mengecewakan kerana kakitangan awam sentiasa ditukar dan kurangnya penguatkuasaan daripada cawangan eksekutif kerajaan negeri. Beliau mencadangkan bahawa ahli jawatankuasa eksekutif (exco) perlu ditugaskan untuk mengambil ini sebagai sebahagian daripada portfolio beliau di Selangor, dan pegawai-pegawai yang berdedikasi dilantik untuk memastikan amalan telus dipatuhi.

 

Menteri yakin dengan Suruhanjaya Pilihan Raya walaupun integriti pilihan raya diragui

Kajian integriti pilihan raya terbaru yang dijalankan oleh Harvard University dan Sydney University meletakkan Malaysia di kedudukan 114 daripada 127 negara yang dikaji, telah ditolak oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim sebagai hanya “persepsi“. Beliau berkata pentadbiran sekarang masih berpuas hati dengan Suruhanjaya Pilihan Raya dari segi pelaksanaan dan tindakan dasar, dan badan-badan negara asing bebas membuat penilaian sendiri tentang keadaan pilihan raya di Malaysia.

 

Kertas kerja oleh JAKIM mencadangkan “Hudud untuk semua”

Kertas kerja oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah berhujah bahawa Perlembagaan Persekutuan tidak menghalang penubuhan prinsip hudud di dalam Kanun Keseksaan, dan harus digunakan untuk semua rakyat Malaysia. Kertas kerja mencadangkan bahawa orang bukan Islam tidak harus menganggap mereka tidak tertakluk kepada undang-undang hudud, kerana mereka adalah rakyat di negara ini di mana Perkara 3 (1) Perlembagaan Persekutuan menyatakan agama rasmi negara ini adalah Islam.

 

Related posts