Kemaskini pada 10hb Jun 2023
Untuk warganegara Malaysia di luar negara yang berdaftar di negeri Kedah, Pulau Pinang, Kelantan, Terengganu, Selangor, dan Negeri Sembilan
KENAPA SAYA PERLU MENGUNDI?
Setiap undi adalah penting. Rakyat Malaysia harus menyampaikan suara hati mereka dalam proses pemilihan kerajaan yang memimpin, tanpa mengira di mana mereka berada. Undi anda akan menentukan masa depan negara. Contohnya, undi anda semasa PRU14 dan PRU 15 adalah pemangkin kepada perubahan-perubahan seperti berikut:
- Pendaftaran automatik.
- Pelaksanaan Undi 18
- Undang-undang Anti-Lompat Parti
- Kes rasuah berprofil tinggi dihadapkan ke sistem pengadilan.
Untuk memastikan lebih banyak perubahan positif berlaku, anda mesti mengundi.
KENAPA PILIHAN RAYA NEGERI KALI INI DIJALANKAN SELEPAS PRU 15 ?
Semasa PRU 15 pada November lalu , kerajaan negeri Kedah, Pulau Pinang, Kelantan, Terengganu, Selangor, dan Negeri Sembilan membuat keputusan untuk tidak membubarkan kerajaan negeri mereka. Oleh itu pilihan raya negeri perlu diadakan sebelum parlimen negeri-negeri tersebut dibubar secara automatik. Semua kerajaan negeri-negeri tersebut telah bersetuju untuk membubarkan kerajaan negeri mereka pada masa yang sama bagi membolehkan pilihan raya diadakan secara serentak di negeri-negeri ini.
BAHAGIAN 1 : PENDAFTARAN DALAM TALIAN SEBAGAI PENGUNDI POS LUAR NEGARA
Rakyat Malaysia di luar negara mempunyai 3 cara untuk mengundi:
- Pulang ke Malaysia untuk mengundi sebagai undi biasa
- Daftar sebagai pengundi pos luar negara, terima undi anda di alamat luar negara, pulang ke Malaysia untuk memasukkan undi anda ke dalam peti undi
- Daftar sebagai pengundi pos luar negara, terima undi anda, poskan balik undi anda ke Malaysia
1. Siapa layak mengundi sebagai pengundi pos luar negara?
- Semua rakyat Malaysia di luar negara berumur 18 tahun ke atas
- Mempunyai alamat tetap di luar negara
- Dan telah mendaftar untuk menjadi pengundi pos di laman web SPR
2. Siapa layak mengundi melalui pos dalam pilihanraya negeri yang akan datang?
Untuk pilihan raya negeri yang akan datang, sesiapa yang memenuhi kriteria yang dinyatakan di atas dan berdaftar untuk mengundi di Kedah, Pulau Pinang, Kelantan, Terengganu atau Negeri Sembilan.
3. Bagaimana boleh saya mendaftar untuk menjadi pengundi pos di laman web SPR?
Dua langkah:
- Langkah pertama, daftar akaun pengguna MySPR di MySPR. Anda patut lakukan ini secepat mungkin dan beginilah caranya.
- Jika anda sudah mempunyai akaun pengguna SPR, sila pastikan ia masih berfungsi.
- Setelah akaun anda diluluskan melalui laman web tersebut, daftar untuk menjadi pengundi pos. Anda hanya boleh melakukan langkah ini selepas SPR membuka pendaftaran pengundi pos pada 15hb Jun. Tarikh tutup pendaftaran akan diumumkan tidak lama lagi. Ikuti Global Bersih di media sosial dan www.spr.gov.my untuk mendapatkan maklumat terkini.
Butiran lanjut di bawah dalam Soalan 8.
4. Saya seorang pelajar tajaan sendiri. Adakah hanya pelajar tajaan kerajaan boleh mendaftar untuk mengundi di luar negara. Adakah ini benar?
Tidak. Setiap warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas dengan alamat pos di luar negara boleh mendaftar untuk mengundi di luar negara.
5. Saya adalah pengundi berdaftar yang sedang bercuti/berkursus di luar negara. Adakah saya layak untuk memohon mengundi melalui pos?
Tidak. Pengundi yang layak memohon adalah pemastautin (mempunyai alamat tetap) di luar negara. Ini adalah untuk mengelakkan kertas undi pos gagal dihantar kepada pengundi.
6. Bolehkah saya masih mengundi sebagai pengundi biasa di pusat undi saya di Malaysia selepas mendaftar sebagai pengundi pos luar negara?
Tidak. Sekiranya anda mendaftar sebagai pengundi pos luar negara, SPR akan menghantar kertas undi anda ke alamat luar negara anda.
7. Bilakah saya boleh mendaftar sebagai pengundi pos luar negara?
SPR telah mengumumkan tempoh untuk mendaftar untuk undi pos luar negara akan dibuka pada 15hb Jun. Semak laman web SPR dari semasa ke semasa atau ikuti kami dalam media sosial untuk mendapatkan maklumat terkini. Namun begitu, anda sudah boleh mewujudkan akaun pengguna anda di portal MySPR kerana anda memerlukan akaun pengguna ini untuk mendaftar sebagai pengundi pos luar negara.
8. Perlukah saya mendaftar akaun pengguna di Daftar MySPR?
Ya , apabila pendaftaran undi pos luar negara dibuka, semua pendaftaran dalam talian akan dikendalikan melalui portal ini. Anda memerlukan Kad Pengenalan anda dan nombor telefon(talian luar negara boleh digunakan) untuk menerima TAC(kod) Berikut adalah cara anda mendaftar untuk akaun pengguna SPR:
- Layari MySPR dan klik ‘Permohonan Akaun Baru’
- Isikan borang
- Muat naik salinan kad pengenalan anda dan juga swafoto (selfie).
- Tunggu pengesahan daripada Suruhanjaya Pilihan Raya
- Bagi individu yang genap 18 tahun, status mereka akan dikemas kini kira-kira 46 hari selepas tarikh lahir. Sekiranya terdapat percanggahan, sila ikut arahan pada papan pemuka (dashboard).
- Untuk panduan bergambar, sila klik di sini
9. Saya telah mengundi dalam pilihan raya lepas dari luar negara. Adakah saya masih perlu mendaftar semula sebagai pengundi pos luar negara?
Ya. Permohonan undi pos hendaklah dibuat setiap kali menjelang pilihan raya, termasuk untuk pilihan raya negeri yang akan datang.
10. Apakah langkah-langkah yang diperlukan untuk saya mendaftar sebagai pengundi pos luar negara secara dalam talian?
- Log masuk ke akaun pengguna anda (Semak soalan 8 untuk membuka akaun pengguna)
- Cari ‘Undi Pos’ pada menu utama di sebelah kanan dan klik pada submenu ‘Permohonan’
- Dalam Bahagian A, pilih ‘Pengundi Luar Negara’. Pastikan anda klik kategori yang betul untuk mengelakkan permohonan anda ditolak.
- Masukkan nombor passport, dan sebab menetap di luar negara
- Semak dan kemaskini maklumat dalam borang
- PENTING: Isikan alamat anda di luar negara yang betul di mana anda akan menerima kertas undi anda
- Baca Bahagian B dengan teliti untuk memastikan semua butiran adalah betul dan tekan ‘Hantar.’
- Anda perlu mengisi nombor kad pengenalan dan kata laluan SPR Daftar untuk mendapatkan ‘TAC’ (kod) untuk langkah seterusnya.
- Klik ‘Mohon TAC,’ dan kod TAC akan dihantar ke nombor telefon yang anda gunakan semasa mendaftar akaun pengguna anda.
- Masukkan TAC dan klik ‘Hantar’ untuk menghantar permohonan anda.
- Anda akan menerima e-mel dan pengumuman bahawa permohonan anda sedang diproses.
- Anda boleh menyemak status permohonan anda di portal SPR dan pihak SPR akan menghantar e-mel untuk memberitahu anda jika permohonan anda diluluskan
11. Bagaimanakah saya akan tahu jika permohonan saya berjaya?
Log masuk ke akaun pengguna anda dan semak status aplikasi anda. Anda juga akan menerima e-mel mengesahkan sama ada permohonan anda telah berjaya.
BAHAGIAN 2 – MENGUNDI DARI LUAR NEGARA
1. Sekarang saya sudah mendaftar sebagai pengundi pos, apakah tindakan seterusnya?
SPR akan menghantar dokumen undi anda ke alamat anda di luar negera selepas hari penamaan calon.
2. Apakah kaedah yang boleh saya gunakan untuk mengembalikan kertas undi ke pusat mengundi saya?
Anda boleh menghantar kertas undi anda kembali ke Malaysia melalui perkhidmatan pos biasa. Anda mesti menanggung kos untuk menghantar kertas undi anda ke Malaysia,
Atau, anda boleh pulang ke Malaysia dan masukkan kertas undi anda secara fizikal ke dalam peti undi
3. Apakah dokumen yang akan saya terima dalam sampul surat untuk pengundi pos luar negara?
Anda akan menerima sampul surat undi yang mengandungi
- Borang 2
- Sampul surat B
- Sampul A: (untuk Negeri) mengandungi kertas undi
4. Apakah yang perlu saya lakukan sebaik sahaja saya menerima pakej undi di alamat luar negara saya?
Anda akan menerima arahan dalam pakej undi. (Panduan bergambar di sini)
5. Saya bekas rakyat Malaysia yang tinggal di luar negara dan tidak layak mengundi tetapi saya masih mahu memberi sokongan saya dalam pembaikian sistem pilihanraya Malaysia. Apa yang boleh saya lakukan?
Terdapat banyak cara untuk menyokong sekiranya anda tidak layak mengundi:
- Pastikan anda mendapat maklumat terkini dengan menyemak SPR dan juga Global Bersih di social media.
- Sebarkan maklumat terkini dan sah untuk menggerakkan dan memaklumkan diaspora.
- Mengambil bahagian dalam kempen mobilisasi
- Sumbangkan masa anda untuk melibatkan sendiri sebagai penyelaras bandar (ketahui lebih lanjut dari contact@globalbersih.org)
- Memberi sumbangan kewangan kepada organisasi yang bekerja dengan rakyat Malaysia di luar negara seperti Global Bersih. (laman sumbangan)
BAHAGIAN TIGA: PENDAFTARAN AUTOMATIK
Pendaftaran automatik tidak bermakna anda dibenarkan mengundi dari luar negara. Anda perlu mendaftar untuk menjadi pengundi pos luar negara secara aktif.
Untuk mengundi dari luar negara, anda perlu memastikan butiran anda telah didaftarkan dalam daftar pemilih, membuka akaun pengguna dalam portal SPR, dan kemudian, anda perlu mendaftar sebagai pengundi pos luar negara secara online (dalam talian).
1. Adakah saya layak mengundi?
Sejak 15 Disember 2021, semua rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas layak mengundi dan akan didaftarkan secara automatik dalam daftar pemilih.
2. Di manakah saya boleh pergi untuk mendaftar sebagai pengundi?
Sejak pengenalan sistem pendaftaran automatik, anda tidak perlu mendaftar untuk menjadi pengundi kerana anda akan didaftarkan secara automatik selepas anda berumur 18 tahun.
3. Berapa lama jangkamasa yang diperlukan oleh SPR untuk mendaftarkan pemilih baru yang baru mencecah 18 tahun secara automatik dalam daftar pemilih?
Proses pendaftaran pengundi automatik ini akan memerlukan sebulan setengah dari hari seseorang genap umur 18 tahun.
4. Adakah saya sudah didaftar secara automatik dalam daftar pemilih?
Anda boleh menyemak status anda di:
- Portal SPR (https://mysprsemak.spr.gov.my)
- Semak aplikasi mudah alih MySPR
- Portal rasmi Pejabat Pilihan Raya Malaysia (http://ppn.spr.gov.my)
- Menghubungi SPR (+60 3-8892 7018).
5. Ada kemungkinan terdapat warganegara berumur 18 tahun ke atas yang tidak didaftarkan secara automatik?
Ya. Untuk mereka yang mengisi alamat yang tidak lengkap ataupun sekiranya kelayakan mereka sebagai pengundi telah dimansuh mengikut undang-undang, tidak akan didaftarkan secara automatik.
6. Bagaimana boleh saya menyemak maklumat pengundian saya dalam talian?
- Layari salah satu pautan yang dikongsi di atas (Soalan 4) yang akan membawa anda ke laman web SPR
- Pilih ‘Semakan Daftar Pemilih’
- Masukkan nombor kad pengenalan Malaysia anda untuk mendapatkan maklumat pengundian anda.
- Pastikan semua maklumat yang dinyatakan di sana adalah betul
7. Apakah yang perlu dilakukan oleh pengundi baru jika terdapat kesilapan dalam butiran peribadi atau kawasan pilihan raya dalam daftar pemilih?
Anda boleh memohon pindaan menggunakan Borang C yang boleh didapati dalam talian di https://www.spr.gov.my.
8. Bolehkah saya menukar alamat saya di dalam Daftar Pemilih kerana saya telah berpindah ke alamat lain dan ingin mengundi di kawasan baru saya?
Sebarang permohonan pertukaran kawasan undi dalam daftar pemilih hendaklah mengikut alamat di kad pengenalan anda. Anda perlu memohon pertukaran alamat kad pengenalan dari Jabatan Pendaftaran Negara. Selepas itu anda boleh memohon pertukaran kawasan undi anda dalam daftar pemilih di https://www.spr.gov.my
9. Saya bukan lagi warganegara Malaysia tetapi nama saya masih tertera dalam daftar pemilih. Apa yang boleh saya lakukan untuk mengeluarkannya?
SPR sentiasa mengemaskini daftar pemilih setiap suku tahun dengan maklumat terbaru pemilih yang telah meninggal dunia dan mereka yang telah melepaskan atau telah ditarik balik kewarganegaraannya. Sekiranya nama anda masih kekal dalam daftar pemilih 3 bulan selepas melepaskan kewarganegaraan anda, sila buat aduan kepada SPR.
10. Adakah terdapat sebarang bayaran atau caj untuk permohonan pindaan yang dibuat?
Tiada.
BAHAGIAN EMPAT: MENGURANGKAN RISIKO PENIPUAN PILIHAN RAYA
1. Mengapa saya perlu mendaftar sebagai pengundi pos luar negara dan menerima undi saya di alamat luar negara jika saya tidak mahu mengundi?
Kami percaya bahawa risiko terbesar ialah undi pos anda akan diedarkan kepada pengundi hantu dalam daftar pemilih atau atas nama mereka yang diketahui berada di luar negara dan tidak pernah memohon untuk mengundi secara pos. Atas sebab ini, kami percaya bahawa risiko penipuan adalah lebih besar jika pengundi luar negara tidak mengundi dan ini memberi peluang orang lain menyalahgunakan kertas undi tersebut. Oleh itu kami mengesa pengundi pos luar negara untuk mendaftar dan menerima kertas undi anda di luar negara walaupun anda tidak bercadang untuk mengundi, kerana anda akan melindungi undi anda daripada disalahgunakan.
2. Adakah pengundian pos merupakan pilihan yang boleh dipercayai? Bolehkah undi saya dirampas?
Risiko wujud tetapi anda boleh mengambil langkah praktikal untuk meningkatkan keselamatan undi anda:
- Anda boleh memilih untuk menggunakan kaedah pos yang lebih selamat untuk mengembalikan undi, seperti penghantaran khas berdaftar.
- Jika masa mengizinkan, anda boleh menghantar undi kepada individu yang dipercayai untuk menghantar kertas undi ke dalam peti undi di pegawai pengurus pilihan raya.
SUMBER
Dokumen ini telah diadaptasi daripada pelbagai sumber terutamanya daripada laman web SPR
PENAFIAN
Maklumat adalah setepat mungkin pada masa penerbitan. Sila ambil perhatian bahawa kami sedang menunggu garis panduan dan bahan-bahan yang selanjutnya daripada SPR (dijangka dikeluarkan menjelang Hari Pengundian) dan kami akan mengemas kini maklumat ini sebaik sahaja maklumat terkini sedia ada.
Pengundi individu sudah tentu dinasihatkan untuk menggunakan budi bicara dan penulis tidak boleh dipertanggungjawabkan atau dipertanggungjawabkan untuk sebarang kehilangan atau kerosakan yang berlaku disebabkan oleh maklumat yang diberikan.
Global Bersih ialah pergerakan antarabangsa rakyat Malaysia di luar negara, yang diwujudkan untuk menyokong kerja masyarakat sivil Malaysia dan mengukuhkan demokrasi Malaysia yang semakin matang, dengan menggunakan kaedah yang aman dan mengikut undang-undang. Sila layari platform media sosial kami untuk mengetahui lebih lanjut.