(Scroll down to read the article in Bahasa Malaysia)
The media is abuzz with the term: a#HungParliament. Fret not! Nobody will be hung / hanged out to dry or die. It simply means that there is no political party (or a pre-election alliance or coalition) that wins a ‘simple majority’ – meaning 50% + 1 of the seats – thus will be able to form a government in its own right.
What will happen then? Well, many possibilities! [1] But let us look at the process step by step. Firstly, what will happen?
[A] TO FORM, OR NOT TO FORM A GOVERNMENT
(a) All parties will scramble to get friendly with each other to ‘form a government’. By definition, this means one person (eg: Theresa May) will become prime minister and will appoint other secretaries of state (ministers) that will form a ‘Cabinet’ i.e. council of ministers who will hold power.
(b) If they fail to form a government, the parliament can dissolve itself and go to another election for the second time. However, looking at recent British history, this is highly unlikely.
[B] FORMING A GOVERNMENT
Secondly, in situation (a) above, if a party or a few parties agree to form a government, how do they hammer out all the details? What form of government will it take? We will look at 3 possible scenarios.
1. A Formal Coalition
Parties which agree to form a post-election coalition or alliance – thus forming a government – will usually seal their cooperation in a signed agreement. This agreement contains what the government can or cannot – or must and must not – do for the duration of the cooperation. In the view that each party can no longer fulfil their original election manifestos, this coalition agreement will usually include points from each of their manifestos, amalgamated into a bigger policy document (coalition agreement). Whatever concession each party could extract depends on their strength, usually signified by the number of seats. The coalition will govern based on, and implement, whatever they agree in this policy document.
This is a normal practice in countries which practice proportional representation voting system like Germany and New Zealand as compared to first-past-the-post system like in the UK and Malaysia. An example in Malaysia was when Pakatan Rakyat’s constituent parties won a majority in Perak’s state assembly in 2008. Sultan Azlan Shah, the then-ruler, forced the three constituent parties to sign a coalition agreement before agreeing to swear-in a chief minister (menteri besar). Similarly in UK’s 2010 general election, the Conservative party and Liberal Democrats formed a coalition under this arrangement.
2. An Informal Coalition
Also called a ‘confidence and supply arrangement’ [1] [2] [5]. A major party will attempt to form an informal alliance with smaller parties so that it can form a minority government i.e. a government without a majority in parliament. The smaller parties will support the major party to pass budget and implement major agendas in parliament. In return, the smaller parties will make a few demands (concessions) that the major party will honour.
The smaller parties will have less bargaining power as they are not in-government i.e. they do not hold important governmental posts, but they will be able to get some small victories. Likewise, the government cannot get much things done except passing budgets and minor agenda, unless they are willing to offer more ‘carrots’ (incentives, concessions) to smaller parties. This can be formalised in an agreement (more likely), or not.
3. A Stand-alone Minority Government
This is also a minority government, but without any ‘safety buffer’ like a ‘confidence and supply arrangement’. For comparison, this is usually the case in France and the United States (US) when the president’s party does not have a majority in the parliament or Congress (called co-habitation).
A government like this is usually unstable, would not be able to push through major policies, and sometimes cannot even pass a budget, thus leading to government dysfunction and paralysis. In a parliamentary system (like UK or Malaysia), such a paralysis or defeat of a budget bill could lead to constitutional crisis, the fall of a government, and eventually a dissolution of parliament and fresh elections. This is the least desired form of all.
[C] FINAL ATTEMPT
In case (b) above, the Queen (or the Yang di-Pertuan Agong) will invite a leader of a major party, one after another, to form a government. Her Majesty will try as much as humanly possible to avoid holding a new election and work with the parliament-elect. This could take years, as is always the case in Belgium.
Whilst this power-brokering happens in the background, the day-to-day business of state will be done by a caretaker government, usually headed by a caretaker prime minister from the previous administration or a new one from the parliament-elect, with assistance from the civil service led by the Chief Secretary to the Government (Malaysia) or Cabinet Secretary (UK). However, this caretaker government cannot make major decisions or pass a budget (which only a parliament can).
Failing to arrive at a viable arrangement, the Queen must accept the advice of the caretaker government to call for a new election. And we shall have another round of voting, all fun included! Good luck!
Nik Azmi Nik Fathil is a Malaysian living in the UK.
[1] http://www.bbc.co.uk/news/
[2] https://
[3] http://
[4] Credit to image: http://www.bbc.co.uk/news/
[5] A ‘confidence and supply arrangement’ derives itself from two terms. (i) A government needs to win a major bill or motion in parliament if it wants to remain in power (a.k.a. having the #confidence of the House). (ii) A government must also be able to pass a budget (a #supply bill), which is a major bill. Another major motion is the Queen’s Speech (Speech from the Throne), which is a major government policy announcement, which once presented to the parliament, must be won in a vote of confidence.
[6] How will this minority government actually work? – http://www.bbc.co.uk/news/
Parlimen Tergantung: Langkah Seterusnya
Apa itu #ParlimenTergantung yang diwara-warakan di media sempena pilihanraya umum (PRU) di United Kingdom? Bawa bertenang, tidak ada orang yang kena gantung, sama ada bertali atau tidak. Istilah ini hanya bermakna tiada parti politik yang punya majoriti mudah di parlimen, yakni 50% + 1 kerusi. Maka tiada parti yang layak untuk berdiri sendiri sebagai sebuah kerajaan.
Apa yang akan berlaku dalam keadaan ini? Banyak kemungkinan! [1] Tapi mari kita kupas proses ini dari lapisan ke lapisan.
[A] MEMBENTUK KERAJAAN ATAU TIDAK?
(a) Secara lumrahnya, setiap parti akan berusaha untuk membentuk kerajaan dengan sokongan parti-parti lain. Secara mudahnya, ini bermaksud seseorang (contohnya Theresa May) akan menjadi perdana menteri dan beliau juga akan melantik menteri-menteri lain, yang secara jamaknya akan membentuk ‘Kabinet’ yakni Jemaah Menteri yang akan memegang tampuk pemerintahan negara.
(b) Jika mereka tidak berjaya membentuk sebuah kerajaan, parlimen boleh dibubarkan dan sebuah PRU yang baharu perlu diadakan. Akan tetapi, amalan dan sejarah politik United Kingdom (UK) hari ini masih tidak memerlukan langkah ini.
[B] BAGAIMANA SEBUAH KERAJAAN ITU BOLEH DIBENTUK?
Dalam situasi (a) di atas, jika sebuah parti atau beberapa parti bersetuju untuk membentuk sebuah kerajaan, bagaimanakah proses tersebut berlaku? Apakah jenis kerajaan yang bakal dibentuk? Kita akan lihat kepada 3 senario yang mungkin.
1. Gabungan Rasmi
Sebuah parti utama akan menjadi teras kepada suatu gabungan bersama parti-parti yang lebih kecil untuk mendapat majoriti mudah. Kerajaan jenis ini digelar kerajaan campuran pasca-pilihanraya, yang biasanya dirasmikan dengan sebuah perjanjian bertulis. Perjanjian seperti ini menyatakan apakah hak dan tanggungjawab setiap pihak untuk jangka hayat perjanjian tersebut.
Juga, oleh sebab setiap parti tidak lagi mampu untuk memenuhi manifesto asal pilihanraya mereka, perjanjian ini biasanya akan mengandungi adunan janji-janji dari manifesto asal parti masing-masing. Banyak mana janji yang boleh ditepati juga bergantung kepada kekuatan sesebuah parti, yang berkadar langsung dengan jumlah kerusi yang dimenangi dalam pilihanraya. Perjanjian ini juga akan menjadi dokumen polisi dan kerajaan akan memerintah berdasarkan, dan melaksanakan, apa yang dipersetujui.
Ini adalah suatu amalan biasa di negara yang mengamalkan sistem pengundian ‘perwakilan berkadar’ seperti negara Jerman dan New Zealand dan bukan sistem ‘yang paling terkehadapan’ seperti di UK dan Malaysia. Contoh di Malaysia boleh dilihat pada tahun 2008 apabila Pakatan Rakyat (PR) menang majoriti kerusi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak. Pemerintah ketika itu, Sultan Azlan Shah, telah ‘memaksa’ parti-parti dalam PR untuk memeterai perjanjian gabungan sebelum calon menteri besar mereka dilantik oleh baginda. Di UK juga, perjanjian yang serupa dimeterai oleh Parti Konservatif dan Parti Liberal Demokrat setelah tamatnya PRU pada tahun 2010.
2. Gabungan Tidak Rasmi
Juga dikenali sebagai ‘aturan keyakinan dan perbekalan’ [1] [2] [5]. Gabungan ini biasanya melibatkan sebuah parti utama yang akan cuba untuk membentuk sebuah kerajaan minoriti. Disebabkan kekurangan jumlah kerusi di parlimen, parti utama ini perlu mendapat sokongan dari parti-parti kecil untuk meluluskan belanjawan dan agenda utamanya di parlimen. Sebagai habuan, parti utama ini akan meluluskan dan melaksanakan beberapa agenda oleh parti-parti kecil yang berkerjasama.
Parti-parti kecil ini tidak akan berada dalam kerajaan, yakni tidak memegang jawatan-jawatan utama dalam pentadbiran negara, maka kuasa dan pengaruh mereka adalah terhad. Namun begitu, mereka biasanya akan mampu mengecapi pencapaian-pencapaian yang kecil. Juga, kerajaan biasaya hanya akan berjaya meluluskan belanjawan dan agenda-agenda yang kurang besar, melainkan mereka sanggup untuk menawarkan konsesi dan insentif lebih baik kepada parti-parti kecil yang lain. Gabungan ini boleh dimeterai dengan perjanjian bertulis atau sebaliknya.
3. Kerajaan Minoriti Mandiri
Seperti juga kes di atas, parti utama itu akan membentuk kerajaan minoriti. Bezanya, ia tidak punya ‘penampan’ atau ‘zon keselamatan’ tanpa sokongan dari parti-parti kecil yang lain kerana tiada ‘aturan keyakinan dan perbekalan’. Kerajaan seperti ini agak biasa di negara seperti Amerika Syarikat atau Perancis apabila parti yang diwakili oleh presiden tidak mempunyai majoriti di parlimen atau Kongres (situasi ini juga digekar kohabitasi atau tinggal sebumbung).
Kerajaan seperti ini adalah tidak stabil, tidak akan mampu melaksanakan polisi yang utama, dan kadangkala tidak mampu untuk meluluskan belanjawan. Ini boleh menyebabkan pemerintahan tidak berfungsi dan lumpuh. Kekalahan undi di parlimen, sama ada untuk meluluskan agenda utama atau belanjawan, mungkin menyebabkan krisis perlembagaan, kejatuhan (tumbang) kerajaan, dan akhirnya menyebabkan pembubaran parlimen dan PRU yang baharu. Ini adalah kes yang perlu dijauhi seboleh mungkin.
[C] USAHA DI SAAT AKHIR
Dalam kes (b) di atas, perlu juga diambil maklum bahawa Baginda Ratu (di UK) atau Yang di-Pertuan Agong (di Malaysia) akan cuba sedaya upaya untuk tidak mengadakan pilihanraya yang lain, dan sebaliknya cuba untuk bekerjasama dengan pemimpin-pemimpin parti di parlimen yang sedia ada. Proses ini mungkin akan mengambil masa berbulan-bulan atau bertahun-tahun, seperti di Belgium.
Sewaktu rundingan diadakan di sebalik tabir, urusan pemerintahan akan dilaksanakan oleh sebuah kerajaan sementara. Kerajaan sementara ini biasanya akan dipimpin oleh perdana menteri sedia ada, ataupun dilantik dari kalangan ahli parlimen yang baharu; dan dibantu oleh perkhidmatan awam yang dipimpin oleh Ketia Setiausaha Negara (di Malaysia) atau Setiausaha Jemaah Menteri (di UK). Namun begitu, sebuah kerajaan sementara tidak boleh membuat sebarang keputusan yang besar (seperti belanjawan) yang hanya boleh dibuat oleh parlimen.
Namun begitu, jika tidak berjaya, Baginda Ratu atau Yang di-Pertuan Agong akan ‘terpaksa’ menerima nasihat kerajaan sementara untuk membubarkan parlimen dan mengadakan sebuah PRU yang baharu. Maka sekali lagi, kita semua ‘terpaksa’ ke peti undi, sukarela atau paksarela. Selamat mengundi!
Nik Azmi Nik Fathil warganegara Malaysia yang bermastautin di UK.